Assalamualaikum.
Gambar mukaddimah katenyewww. Haha.
Hari nie first time kite naik Sydney's ferry. Kite nak ke Taronga Zoo. Memang takde makna pegi Australia kalau tak sampai ke zoo and tak tengok kangaroo koala bagai. Kannnnn :P Taronga Zoo merupakan zoo dalam bandar Sydney. Di Sydney, setahu Ain ada dua zoo yang famous. Featherdale Wildlife Park and Taronga Zoo. Featherdale Wildlife Park tu jauh sikit and luar bandar Sydney. I don't know the time taken dari bandar Sydney tu ke Featherdale tapi i think it is about one hour. Atau lebih dari tu. Quite far. Kalau nak pegi sana, kena pegi pagi-pagi lagi sebab you know what, dekat Sydney memang tutup awal. Kang datang dari jauh, sampai-sampai dekat sana tutup pulak zoo tu. Sengih jelahhhhhhh.
Depan Opera Houseeeee
My very first time on Sydney's train.
Bagi Ain, Featherdale Wildlife Park lagi best kot sebab boleh pegang koala and boleh ambik gambar dengan kangaroo. Tiket masuk ke Featherdale pun lagi murah berbanding dengan Taronga Zoo. Taronga Zoo lebih mahal sebab zoo kan tengah-tengah bandar and Featherdale pulak luar bandar. Actually, ayah Ain macam tak berapa nak beli jugak tiket pegi zoo tu sebab mahal sikit. Ayah Ain kata macam tak berbaloi kot kalau semata-mata nak tengok koala and kanggaro je, then balik. Ain macam bodek la sikit, cakap "Tak sah datang Australia kalau tak pegi zoo. Nanti kawan-kawan mesti tanya, mana kangaroo, mana koala." Haha. Memang tu soalan lazim kalau kita pegi Australia. Percayalah. Akan sebut punya pasal koala and kangaroo. Takdenye nak sebut pasal Opera House. Kalau ada pon, kadang-kadang je. Sebab ayah Ain cakap nanti tak berbaloi pegi kejap je, Ain cakap la yang duduk la kat situ lama-lama pon takpe. Huhu. Then okey, greenlight.
Taronga Zoo betul-betul dalam bandar kannn. (Sumber: Google)
Boleh nampak bandar Sydney dari Taronga Zoo (Sumber: Google)
Photo of Taronga Zoo (Sumber: Google)
Masa Ain pegi Taronga Zoo tu dalam tengahari. And dia cakap boleh masuk tapi dia hanya bagi masa dalam 3 jam lebih camtu je sebab nanti nak tutup dah (biasa la kan, diorang memang suka tutup awal). Tapi Ain pon tak sure exact time dia tutup zoo tu. Maybe pukul 4.00-4.30 cam tu. Standard kat Sydney tutup 4.30 la tapi ikut cuaca and musim. Tiga jam pon tiga jam laaa. Oh yaa, hari Ain pegi zoo tu, suhu sejuk sikit. Mencecah belas-belas degree je. Baru rasa sejuk hari tu. Yeayy!
Posing dekat board pon bolehhhhh. Huahua.
Tree kangaroo!
Comel je kan kangaroo kecik nie. Dia takut kot dekat manusia. Dia tak nak datang dekat pon.
Walaupon kangaroo nie bukan dalam pagar tapi tak boleh nak pegang jugak.
Nak selfie jugak ye bang? Haha.
Yang nie kangaroo besar and tua. Kangaroo besar hodoh sikit. Huhu. Yang dalam gambar nie okey lagi, ada yang lagi satu warna kelabu. Yang tu lagi tua and lagi hodoh. Huhu.
Echidna! Yang nie boleh pegang. Masa nie nak start hujan dah and lagi sejukkk.
Akhirnya dapat ambik gambar dengan koala! Sama tembam dah dengan koala tu. Alah!
Nak masuk dekat koala and ambik gambar tu kena bayar asing pulak and kena ambik nombor ikut giliran. Contohnya, dia akan bagitau la yang no angka giliran kita tu dalam 50 minit lagi ke. So kita tak perlu tunggu dekat situ and boleh jalan-jalan dekat lain dulu. Agak-agak 50 minit tu, datang la balik. Masuk dekat koala tu ada pakej dia, boleh tengok dekat, boleh ambik gambar guna kamera sendiri and sekali dengan orang zoo tu ambikkan gambar untuk kita guna kamera dia and dapat sekeping gambar yang orang tu ambik. Dia akan print terus. Instant photo cam tu tapi saiz dia besar jugak. Maybe kecik sikit dari A4. Nasib baik Ain push ayah Ain suruh pegi sana terus and ambik no giliran awal. Kalau ikutkan ayah Ain, suruh kejap lagi kejap lagi. Sebab lepas tu dah tak boleh ambik nombor dah. Rezeki!
Dah start hujan tu, zirafah pon tahu nak cari perlindungannn. Masa nie dah on the way pegi jalan keluar dah. Tak habis round pon dekat dalam zoo tu sebab dah penat, dah lenguh kaki dah. Luas kot zoo dia. Tiga jam pon sempat tengok sikit-sikit je. Entah berapa jam la kalau nak round tengok semua binatang yang ade dekat zoo tu kan.
Fefeeling oversea sikit alang-alang suhu sejuk nie >.<
Autumn in my heart gitewwww!
Dah nak balik hotel!
Lepas balik hotel tu, keluar pulak cari-cari makan sikit. And ayah Ain tak melepaskan peluang untuk beli spek hitam Rayban. Harga Rayban dekat sana maybe murah sikit.
Malam baru boleh pakai boots! Fefeeling obersea kannnn >.<
Sharing is caring.
Bye. I am looking forward to seeing you soon!
regards,
ainfalihin.









1 comment:
pretty nice review!! another update please?? =]
Post a Comment