Assalamualaikum.
Entah hari ke berapa di Sydney, ayah Ain ajak pegi Auburn. Mula-mula kitorang tak tahu pon pasal tempat yang nama Auburn nie. Kitorang tahu tu pon dari lelaki Turki yang jual kebab tempat kitorang selalu makan. Ayah Ain tanya macam-macam dekat dia, contohnya pasal masjid and tempat makan halal. Lelaki Turki tu la yang bagitahu yang ada satu tempat nie mostly orang Islam dari pelbagai negara yang duduk dekat situ. Restoran-restoran dekat situ pon banyak yang halal. Banyak restoran Arab/Timur Tengah. Bab-bab makanan Arab/Timur Tengah nie, ayah Ain memang minat la. Sebab tu dia yang excited nak pegi.
Untuk ke sana, kitorang naik train dekat Central. Dekat-dekat dengan George Street. Beli tiket train tu dekat situ and masa Ain pegi tu, train direct ke Auburn takde sebab maybe dalam proses pembaikian or upgrade. So naik dari Central and turun dekat Sydney Olimpic Park. Dari Olimpic Park tu, naik bas ke Auburn. Ambik masa dalam 15 minit je naik bas tu.
Masa naik train ke Olimpic Park tu pon terjumpa dengan sekumpulan bebudak sukan. Diorang semua pakai baju sukan. Dekat Sydney Olimpic Park tu la pernah berlangsung Sukan Komanwel suatu ketika dahulu. Sepanjang naik bas tu pulak, memang lalu dekat tempat sukan. Ada kolam renang yang besar, ada stadium, ada tempat hoki dan banyak lagi la. Satu tempat sukan ke tempat sukan yang lain tu macam bukan duduk sekelompok la. Macam berjarak sikit.
Train station dekat Sydney Olimpic Park.
Comel je kan budak nie. Anak penduduk yang duduk dekat situ. Ayah Ain pon ada borak-borak jugak dengan ayah budak nie. Ain suka peluk sambil pegang perut dia. Sebab Ain nie jenis geram dengan budak perut macam buncit. Haha. Comel je perut budak kecik kalau buncit. Budak kecik je okey! Haha.
Dekat Auburn, suasana dekat sana tenang sangat. Terasa macam duduk dekat negara Islam and bukannya Sydney. Sebab memang dekat sana majoriti orang Islam dari macam-macam negara. Tengok mak-mak yang pakai jubah duduk main dengan anak-anak, tolak stroller anak, gadis-gadis yang masyaAllah cantiknya, pak-pak Arab yang berjubah berserban ala-ala syeikh. Yang berpurdah pon ramai dekat sana. Tenang sangat dekat sana, tak sesibuk bandar Sydney, tak sesosial macam di kota Sydney.
Kat sana banyak restoran halal so boleh pilih nak pegi yang mana. Tapi ayah Ain ada tanya ayah budak tadi, restoran mana yang sedap dekat situ. Dia suggestkan Jasmine Lebanese Restaurant. Pegi la cari restoran tu and memang ramai la yang makan dekat situ. Memang sedap-sedap makanan dia tapi agak pricey sedikit. Memang betul la suggestion lelaki yang ayah budak tadi. Ayah Ain cakap nasib baik jugak terjumpa dengan lelaki tu. Haha.
Ayam kuah bawang putih + lemon. Sedap.
Walaupun tak order pun roti pita dalam plastik tu, dia memang bagi free je. And mak ain bawak balik hotel sebab tak makan pon dekat sana. Roti dia lembut and sedap. Favourite Ain kalau makanan Arab, sos bawang putih. Roti pita kosong cicah sos bawang putih je pun dah sedap dah.
Dah nak balik dahh. Duduk sana sampai gelap.
Depan ANZ Stadium.
Ayah Ain ajak pulak pegi Auburn untuk kali kedua tapi mak Ain tak nak dah pegi sebab jauh jugak kot. Dalam sejam jugak perjalanan naik train tu. Huhu.
Sharing is caring.
Bye. I am looking forward to seeing you soon!
lots of love,
ainfalihin.
No comments:
Post a Comment