Assalamualaikum. I am back!
First day kitorang dekat Sydney, tak pegi jauh-jauh pun. Pegi dekat Circular Quay dengan menaiki Free Bus 555 (Memang nombor bus free tu 555). Bus tu akan berhenti last sekali dekat Circular Quay. Alang-alang dah ada yang free, guna lah sebaik mungkin kan :P
Sepanjang kitorang dekat Sydney, almost semua public transport kitorang naik sebab rasanya cam jimat sikit kot. Cam naik ferry, train, train atas jalan raya (light rail), free bus and tu je kot. Teksi pun kitorang naik jugak tapi teksi dia mahal sikit (bagi Ain la). Boleh cecah sampai rm50 walaupun takdelah jauh mana pon. And tak lupa juga jalan kaki. Ain rasa kitorang memang banyak sangat jalan kaki. Haha. Sampai penat. Memang travel betul lah.
Tips
PENGANGKUTAN: Boleh guna pengangkutan awam (bus, light rail, train, ferry - kecuali teksi) kalau ada MyMulti Card. Kad MyMulti tu boleh beli dekat Circular Quay. Boleh pilih nak MyMulti1 ke, MyMulti2 ke, MyMulti3 ke. Ada la pakej2 dia. Kalau tak silap Ain, yang Multi3 tu boleh guna semua public transport yang berkaitan (kecuali teksi la). Biasanya orang naik ferry ke mana-mana sebab lagi senang and cepat. Kalau nak duduk lama sikit dekat Sydney or nak jajah semua tempat, baik beli yang Multi3 la. Depend pada banyak mana tempat yang kita nak pegi. Macam Ain, tak pegi banyak tempat pon so just beli yang Single Multi untuk ferry kalau nak naik ferry, tiket untuk train kalau nak naik train and so on lah. Macam beli asing-asing semuanya sebab tak banyak pon pegi sana sini. Okey, nak tahu lebih lagi pasal MyMulti nie, boleh click website MyMulti Travel Map.
Circular Quay tu lah tempat orang naik ferry. Macam terminal utama la untuk ke mana-mana dengan ferry. Ada yang ke Taronga Zoo, Mainly Beach, Olimpic Park, Luna Park, Watsons Bay, Parramatta and banyak lagi. Ain hanya naik ferry untuk ke Taronga Zoo and Watsons Bay je. Kalau train, Ain naik hanya untuk ke Auburn. Kalau train yang atas jalan raya tu (light rail), Ain pegi ke Fish Market. Boleh bayar cash dekat dalam tu (ada pekerja dia datang kutip duit).
Dari Circular Quay tu lah boleh nak jalan kaki pegi ke Opera House. And banyak cafe-cafe tempat orang melepak tapi tak halal. Banyak yang minum arak dekat situ. Cuaca hari tu memang panas dengan cahaya mentarinya yang terik. So kena pakai sunglasses and topi. Beli dekat Paddy's Market. Tak rasa janggal pon pakai topi sebab ramai je yang pakai and dekat Paddy's Market tu pon banyak kedai yang jual topi yang jenis hat cam nie. Harga standard RM30-Rm50. Ada jugak yang lebih RM50. Oh ya, currency dekat sana panggil AUD (Australia Dollar), kalau nak tahu dalam Ringgit Malaysia, AUD tu kena darab 3.
Jom layan gambars.
Dia nie kan khusyuk sangat duk melukis and tak pernah sekali pon angkat muka or tengok orang dekat situ. Walaupun ramai duk keliling dia. Tak tahu la rupa dia macam mana. Macam misteri je. Huhu.
Pemandangan Darling Harbour Bridge.
Sweet tak? >.<
Dah nampak Opera House yang menjadi trademark Sydney.
She is so excited. HAHA.
Cafe yang Ain cakap tu. Ramai yang minum arak.
Ramai sangat mat sallehs.
Boleh nampak Harbour Bridge dari sini.
Dekat sini, monopod menjadi tarikan ramai. Tak kira la, mat salleh ke, Chinese ke, Japanese ke, mesti ada je yang pandang Ain. Sebenarnya segan jugak ambik gambar monopod nie sebab pegi mana-mana pon semua duk tengok pandang-pandang je dekat Ain. Ada yang senyum, ada jugak yang menegur. Ada yang cakap dekat Ain:
"That's cool."
"It's brilliant."
Haha. Ada jugak yang tanya Ain, macam mana Ain snap gambar tu tertibe, Ain tunjuk la yang Ain ada wireless shutter! Diorang macam impress. Haha.
Ada pelancong dari Jepun pon guna DSLR dia, nak ambik gambar Ain tengah bermonopod. Lucu pon ada. Ada sorang mat salleh nie, masa Ain tengah ambik gambar guna monopod, tba-tiba dia datang dekat Ain and nak berselfie sekali dengan Ain. Bukan Ain yang mintak nak bergambar dengan dia tapi dia yang nak bergambar dengan Ain. Haha. Ain layankan je. Tapi yang tak boleh belahh sekali, dia datang dekat Ain tu, siap pegang Ain lagi.
TOLONG JANGAN BASH SAYA. Haha.
Dia yang datang pegang saya. Saya pon terkejut and muka Ain masa nie pon macam takut-takut je. Huhu.
Maybe dorang dah tahu kot pasal monopod nie cuma jarang sangat orang guna dekat negara diorang. Macam penggunaan monopod tak meluas lagi berbanding dekat Malaysia. Masa dekat sana pon, Ain rasa macam Ain sorang je yang ambik gambar guna monopod. Sebab takde nampak pulaks orang lain guna monopod. Huhu.
Orang belakang pon nak selfie ye. Haha.
Sampai 3 tingkat kot. Besar gila.
Gambar bawah nie pulak dekat shopping mall, Queen Victoria Building. Dalam bangunan tu agak cantik and unik. Banyak jugak jenama yang mahal-mahal dekat situ. Tak shopping pun, just tengok-tengok je dalam tu.
Last but not least, SMILE.
Sharing is caring.
Bye. I am looking forward to seeing you soon!
lots of love,
ainfalihin.












No comments:
Post a Comment