Sydney! Belum pernah Ain sampai ke sini sebelum nie and tak tahu pon waktu Ain pegi tu suhu macam mana. Ingatkan sejuk la jugak sikit-sikit tapi hampehh. Hancur sedikit harapan nak fefeeling pakai baju sejuk. Panas oiii. Memang mak Ain cakap masa tu musim panas tapi ingatkan musim panas kat Sydney ada la jugak sejuknya (Ingat macam London, yang musim panas still sejuk. Huhu). Tapi sebenarnya sama je ngan Malaysia. Masa tu Ain pegi akhir bulan March.
Tips
CUACA/SUHU: Before travel, kena google and tahu cuaca and suhu waktu tu supaya senang nak plan aktiviti and prepare untuk baju.
Punyalah Ain packing baju tebal semuanya, kalau baju nipis pun dah prepare dah berlapis-lapis. Ain siap bawak baju berbulu-bulu lagi tau takkk. Haha. Last-last tak pakai ponn. Terperap je dalam luggage tu, buat berat luggage je.....
Setibanya di bumi Australia, memang tak sah kalau tak berputar ke sana ke mari sebabnya ayah Ain tu jenis kalut. Cari teksi sampai ke jalan seberang. Padahal tempat tunggu teksi memang dah tersedia dah. Penat la jugak berjalan ke sana ke mari. Dah la bateri diri dah low dah sebab duduk dalam kapal terbang tu 8 jam, mana tak lesu badan nie.
At lastttt, dapat jugak teksi.
Tips
HOTEL/PENGINAPAN: Hotel atau tempat penginapan memang penting bila kita dekat negara orang. Kalau dah ada rumah saudara yang boleh tumpang tu, kira okey la. Nie kalau takde sape-sape and travel sendiri-sendiri pulak tu. Kena booking awal-awal hotel before sampai ke destinasi sebab nanti takde lah terkial-kial baru nak cari hotel kan. Maybe kalau ambik hotel last minit, mesti ada yang tak puas hati pasal hotel tu (sebabnya tak tahu pun detail pasal hotel tu). Kalau la booking awal-awal, maybe kita boleh survey dulu. And boleh baca comment-comment orang yang dah menginap dekat hotel tu. Depends pada budget and jumlah orang la nak ambik penginapan yang jenis macam mana, hotel atau hostel. Yang penting, lokasi hotel tu strategik.
Dekat Sydney, Ain duduk dekat Great Southern Hotel, George Street. Hotel biasa-biasa je. Takde la hotel lima bintang berkelip-kelip indah di waktu malam bagai. Asal selesa sudahhh. And yang paling penting, hotel tu kena la strategik. Mak Ain pilih hotel tu sebab nak dekat dengan Paddy's Market, salah satu tempat membeli souvenirs yang popular di kota Sydney. And penting jugak, hotel tu kena lah dekat dengan tempat makan yang halalan toyyiban (yang halal lagi baik). Overall, hotel tu bersih and selesa. Lengkap peti sejuk kecil, iron, iron board, security box, tv, heater, hair dryer and tak ingat dah. Hehe.
Tengah tunggu ayah Ain uruskan check in hotel, kita snap gambar dulu. Haha.
Hotel dekat sini, kalau nak naik lif, kena masukkan kad kunci bilik tu. Maknanya stranger tak boleh calang-calang naik guna lif tu. Hanya pemegang kad tu je boleh.
Tips
STUDY/MAKE RESEARCH: Kena tahu selok-belok tempat tu. Try google atau buat research. Baca blog orang and tengok gambar.
Perkara penting untuk travel and benda wajib kitorang buat sebelum travel adalah STUDY. Yes, macam korang study nak exam tu tapi study yang ain maksudkan nie bukan lah study yang stress tu, tapi more to research. Korang boleh google untuk dapatkan maklumat pasal tempat yang korang nak travel tu. Contohnya google pasal: tempat-tempat yang menarik, sejauh mana tempat yang nak pegi tu dengan hotel korang, apa yang ada kat tempat tu, pukul berapa tempat tu beroperasi, tempat makan yang halal, cara nak pegi ke tempat tu dan lain-lain. Ain lebih suka kalau baca blog pengalaman orang pegi ke negara tu. Sebab kita akan lalui lebih kurang je dengan pengalaman dia. And nak tengok gambar-gambar tempat yang dia pegi so kita pon boleh nak pegi jugakkk :)
At the hotel.
Muka basi, mata orang baru bangun tido. Tak mandi tak gosok gigi lagi sebab duk dalam flight 8 jam kan. Huehue.
Pasal hotel yang Ain duduk tu, memang pilih dekat dengan restoran halal, iaitu restoran orang Malaysia sendiri iaitu Cafe Kasturi. Pekerja-pekerja pon semuanya Melayu. Cafe Kasturi tu dirasmikan oleh Sultan Kedah. Bukan calang-calang tau! Lepas check in hotel tu, terus nak cari Cafe Kasturi tu tapi tak jumpa. Tanya staff hotel dekat reception pon, dia tak tahu. Last-last jalan sendiri ke hulu ke hilir cari restoran makanan halal. Ada la terjumpa satu restoran halal nie tapi bukan Melayu punya. Uyghur Cuisine namanya tapi tak ingat dah makanan dari negara mana. Masa tu memang lapar gilaaa, and makan je apa yang ada. Restoran dia okey (yakin halal) tapi macam tekak rasa takde selera sikit nak makan makanan dekat situ sebab nasi dia bukan nasi putih kosong biasa tapi yang dicampur dengan minyak bijan. Rasa dia macam buat meloyakan tapi telan jelahhh. Lapau benoooor.
Lepas sehari dua tu, baru terjumpa Cafe Kasturi. Dekat je dengan hotel Ain duduk. Tapi malangnya Cafe Kasturi tu dah tutup and tak beroperasi lagi baragkali (sebab dah turun signboard and tulis 'to rent'). Tak dapat merasa lah makan dekat situ. Cam pelik jugak lah, kenapaaa lah dia tutup cafe tu. Bukan ke famous jugak kan? Ada satu lagi restoran masakan Melayu, Malay Village. Alaaa, yang tempat Rita Rudaini minum or makan dalam cerita Sehangat Asmara tu. Hari tu jalan punya lah jalan, then terjumpa la restoran Malay Village tu. Tengok-tengok tutup jugak. Macam dah tak operasi. Restoran Malaysia semua dah kenapaaaa.
Malay Village sebelum tak beroperasi.
Gambar: Sumber Google, dari blog orang lain. Credit to the owner.
Gambar yang Ain snap. Memang nampak sangat dah tak beroperasi. Kosong.
Ada satu lagi restoran halal. Delima Cafe, tapi bukan yang Malaysia punya. Yang Indonesia punya. Katanya halal. Tapi masuk-masuk, tengok ada botol-botol arak tersusun dekat depan cashier. Tanya waiter dia (tak tahu orang Malaysia or Indonesia tapi cakap Melayu and Islam), dia cakap tak campur kan arak tu dalam masakan. Bersungguh pulak tu cakap. Wallahualam. Tapi tengok ada orang Malaysia ramai makan dekat situ. Ada la yang datang tegur and berbual-bual dengan family Ain and dia cakap restoran tu memang halal. So kitorang makan jelah, takpe asalkan yakin. Huhu. Masa tu kitorang tujuh orang sekali ngan kawan-kawan mak Ain, yang kebetulan melancong dekat Sydney jugak masa tu. Makanan dia pon not bad, sedap jugak la. Baru boleh telan makan dekat situ, takde bau minyak bijan yang meloyakan. Ain makan kuew teow goreng. Sedap.
Kitorang dekat sana kebanyakan makan makanan Turki je macam kebab, shawarma and seumpamanya. Memang hari-hari hadap muka mamat Turki tu je. Delima Cafe tu cam jauh sikit dengan hotel kitorang. So berkebab la kita. Kebab dia pon boleh tahan sedap jugak la. Tapi hati-hati dengan restoran kebab Turki nie sebab ada jugak yang tak halal. Ada satu kedai nie, ayah Ain tanya halal ke tak. Dia cakap kalau kebab ayam halal, kalau pizza tak halal sebab ada pork. Kalau dah sedapur ada ayam and pork, agak-agak kau makan tak ayam tu? Haha. Hilang dah yakin tu. Kalau tempat kebab yang Ain makan tu, memang halal sebab takde pork semua nie. And ada sijil rasmi halal. Kat situ tulis, bukan daging je yang halal tapi dairy product pon halal, macam cili sos, mayonis, dll. So yakin lah hati tu nak makan.
Ada jugak restoran Chinese yang halal (Macam Chinese Noodle Bar, yang orang Cina Malaysia punya. Dekat dengan hotel) tapi kitorang tak makan dekat sana. Sebab tekak kitorang nie macam tak lalu sikit dengan makanan orang Cina. Bau dia lain macam kot. Family Ain memang cerewet sikit bab makanan halal. Jenis bukan yang kena YAKIN, YAKIN, YAKIN semuanya. Kalau nampak orang Cina je yang bekerja dekat restoran tu, macam tak yakin mana nak makan. Yelah, dekat luar negara, walaupun ada tulis "HALAL" dekat depan restaurant tu, tak semestinya betul-betul halal. "HALAL" tu boleh je letak kan. Dia letak je "HALAL" tapi entah ada ke idokkkk sijil halal yang benar-benar halal tu. Ada satu restoran Kungfu Ramen. Mesti semua tahu sebut pasal ramen nie. Of kos la makanan Ke Korea Ke Kita. Punyalah ada "HALAL" dekat depan restoran tu. Try la tnya pekerja dekat situ. Dia cakap 'Yes, halal. No pork'. Seolah-olah definisi halal bagi dia hanyalah "NO PORK". Wallahualam. Ayah Ain sengih je dia cakap macam tu and terus belahh dari situ.
Chinese Noodle Bar. Sumber: Google.
Kungfu Ramen. Sumber: Google.
Ada satu lagi restoran yang famous yang biasa dikunjungi oleh travellers dari Malaysia, restoran Mamak. Tapi hari tu Ain pegi and tengok orang yang buat roti canai dan mostly kot pekerja dia Chinese. So tak jadi masuk. Huhu. Tak tahu la tu sejauh mana kehalalan dia. Tapi ramai jugak la orang Malaysia yang makan dekat sana termasuk pelakon Hairul Azreen.
Memang ramai beratur dekat restoran nie.
Even yang bukan Islam pon ramai. Maybe tu je kot restoran yang ada roti canai bagai.
Tips
MAKANAN HALAL: So far, Ain takde jumpa restoran owner orang Melayu, pekerja Melayu. Kalau yang halal pon, restoran Indonesia, Turki, Chinese Muslim dan sebagainya je. Semuanya depends pada hati kita, kalau restoran tu cakap halal and hati kita yakin halal, insyaAllah halal. Tapi kalau makanan tu dah syubhah (hati ragu-ragu, tak jelas halal atau haram), automatik makanan tu jadi haram buat kita walaupun halal sebenarnya. Betul ke idokk ustajah? Hehe. Memang banyak restoran yang dikatakan halal di Sydney tapi only certain je yang kitorang rasa yakin. Itu lah pengalaman Ain dalam pencarian makanan halal. Kahkahh. Untuk cari makanan halal, kena rajin-rajin lah google and baca blog orang (macam biasaaaa haha)
First day tu, takde jalan mana-mana pun, just jalan di sekitar George Street and Chinatown and area dekat-dekat situ untuk cari restoran-restoran halal yang lain. Chinatown tu majoritinya adalah kaum Cina yang duduk dekat situ. Barang-barang yang dijual dekat situ pon, barang-barang China. Macam pasar malam pon ada. Bila lalu dekat situ, terasa macam bukan duduk dekat Sydney tapi macam kat Guangzhou pulaks. Honestly, Ain and mak Ain memang tak boleh dah nak jalan dekat area tu sebab bau dia meloyakan. Pernah pegi China tak? Tahu kan macam mana bau dekat sana? Haaaa, macam tu la jugak dekat Chinatown. Ain pun tak tahu nak cakap macam mana bau dia tapi sangat meloyakan (Bagi Ain and mak Ain laa. Ayah Ain pun ada cakap bau macam tu tapi kan dia lelaki and boleh je tahan dengan semua bau tu. Huhu). Lagi-lagi kalau lalu dekat tempat jual makanan. Rasa macam nak muntah. Campur dengan bau pork yang dimasak dekat situ kot. Eeuwwww. Masa dekat Sydney, sekali tu jeeee lalu dekat situ, lepas tu dah tak pegi dah walaupun barang yang dijual dekat sana comel-comel. Huhu. Lalu dekat jalan lain dahh.
At night, in Sydney.
Tips:
PLANNING: Kena plan hari nie nak pegi mana, esok nak pegi mana, lusa nak pegi mana. Pegi sana berapa jam, pegi sini berapa jam. Perjalanan ke tempat tu berapa lama. Contoh: Naik ferry ke zoo 15 minit. Kalau ada brochure dekat hotel tu, kau ambik la banyak-banyak. Maps pon ada. Sedikit sebanyak dapat membantu kita tahu tempat apa yang ada, and details pasal tempat tu.
Apa yang perlu korang tahu, dekat Sydney, diorang tutup kedai awal tau. Tak kira la kedai ke, pasar ke, zoo ke, tempat membeli ke, ape ke. So pagi-pagi lagi dah kena start journey berjalan-jalan dekat kota Sydney. Kalau korang pegi zoo pukul 4 petang tu, sengih kambing la kau dekat pintu pagar zoo tu yee. Kalau pukul 3.30 petang cam tu, Paddy's Market tu dah tutup dahh. Sebab tu kena tau waktu operasi tempat destinasi tu pukul berapa, boleh plan awal-awal. Boleh google ye :) Ain tertanya-tanya jugak kenapa la diorang tutup awal sangat. Rupanya sebab malam waktu diorang berjoli sakan. Sydney merupakan tempat yang saaaangat sosial. Baaaaanyak sangat bar, pub, lounge, night club etc di setiap pelusuk Sydney. Memain je diorang minum arak tengah jalan, mabuk-mabuk, berpelukan tengah jalan camtu. Memang kena ada iman yang kuat kalau nak belajar dekat Sydney. Sydney nie dah jadi macam Singapore. Driver taxi pon cakap macam tu. Penduduknya ramai orang Cina, orang asing sesenang je boleh masuk and bermastautin di Sydney. Syarat kewarganegaraan pun sangat longgar.
Kalau malam, terasa angin sejuk sikit yang menyapa pipi. Haha.
Balik hotel tu dah penat dah tapi tak boleh nak tido terus sebab waktu Malaysia and waktu Australia berbeza. Kalau dekat Australia dah pukul 12 malam, dekat Malaysia baru pukul 10 malam. Mana nak mengantuk kalau baru pukul 10. Haha. Macam susah sikit nak lelap tu. Benda biasa la tu bila kita dekat negara orang, lagi-lagi yang waktu jauh berbeza.
Hanya tu je yang dapat Ain kongsikan untuk hari pertama. Okey, nanti kita sambung lagi ye!
Sharing is caring.
Bye. I'm looking forward to seeing you soon, baby!
regards,
ainfalihin.









No comments:
Post a Comment