ChatBox

cursor comel :)

Wednesday, August 6, 2014

Travelling: Sydney Part 1 (The Journey)


Assalamualaikum.

Long time no see yeah. My last post dalam bulan Ogos tahun lepas. Sejak-sejak masuk degree nie tak menyempat nak berblogging. Busy la katekaannnnn :p




For this post, nak share sikit pengalaman pegi Sydney, Australia. Akhir bulan Mac hari tu, Ain sempat pegi jenjalan ngan family ke kota Sydney! Kenapa pilih Sydney? Rasanya sebab nak melancong ke negara omputih yang 'dekat sikit'. Hehe. Lagipun macam kebanyakan dah ramai pegi Australia so macam tak boleh jadi nihh and nak merasa la jugak kann :p




Berangkat ke Sydney pada tarikh 20 March 2014 dalam pukul 11.35 malam waktu Malaysia. Mak ayah Ain bertolak dari Kota Bharu pagi hari yang sama and Ain pulak dah memang stay dekat Shah Alam so jimat dah kat situ tiket flight. Hikhokk. Kitorang memang pegi bertiga je and adik-adik tak ikut. Pagi khamis tu Ain ada satu kelas je so tak ponteng lah hari tu. Dalam petang tu baru mak ayah Ain ambik Ain dekat UiTM Shah Alam. Malam tu kitorang bertolak ke airport LCCT. Sebab nak pegi Sydney tu, Ain ponteng kelas seminggu! Ya ampunnn, seminggu tinggal kelas. Lek laa, baru awal sem masa tuh. Hehe.






Penerbangan yang kitorang pilih ialah Air Asia yang dikenali dengan tagline nya "Now Everyone Can Fly". Untuk penerbangan ke oversea so aircraft yang besar sikit yang dikenali dengan Air Asia X. So berbalik kepada pengalaman pegi Sydney, it took 8 hours direct flight. Lama jugak 8 jam dalam flight tu tau takk. Lenguh-lenguh badan and kejang kaki tu semua ada. Nak tak nak kena lelap jugak dalam flight tu sebab bosan sangat. Tidur makan tidur makan je keje nya dalam flight tu. And tak lupa juga ambik gambar. Haha.






Bertolak dari Malaysia pada waktu malam and tiba dekat sana waktu siang dalam pukul 10-11 pagi cam tu lah. Satu tips di sini, kalau nak melancong, pilih la flight yang sampai ke destinati pada waktu siang. Sebab apa? Sebab korang akan rasa kagum tengok pemandangan di negara orang yang jarang-jarang kita dapat rasa bila di negara sendiri. Tak mendarat lagi dah rasa excited sebab tengok pemandangan dari tingkap kapal terbang tu rasa macam 'Aahh cantiknya!'. Ini tips serius! Tapi kalau dah takde pilihan tu, it is okey. Kalau sampai waktu siang tu hanya dikira sebagai bonus untuk anda :)

Well, sebelum aircraft yang Ain naik tu nak mendarat, lalu sepanjang laut yang saaaangat cantik and of course Australia sangat terkenal dengan air laut yang cantik. Tanpa sedar tiba-tiba aircraft tu mendarat and i didn't expect yang ia akan mendarat at that time. Sebab Ain ingat kitorang masih ada atas laut lagi and leka tengok pemandangan. You know what, airport dia betul-betul tepi laut. Masa tu Ain duduk tepi tingkap and nampak rapat sangat dengan laut and takde penghadang pon. Dalam hati Ain, "Kalau la kat Kelantan nie, kalau hujan lebat boleh banjir landasan kapal terbang nie".


Nahhh, siap bagi gambaran lagi nie :)
Sumber: Google Maps (dunia di hujung jari)


Bila sampai je dekat airport, terus ke tempat imegresen and dekat situ beratur panjang-panjang, sebab dia nak check satu-satu. Ohh yaa, masa dalam flight, steward/stewardess dia akan bagi satu form setiap passenger untuk diisi. Dalam form tu, ada satu part yang dia akan tanya sama ada kita ada bawak tak barang sekian-sekian (especially makanan or bahan basah or something like fruits/vege). Sebabnya dekat sana rules dia ketat sikit and tak boleh bawak masuk barang sebarangan. Even makanan (contoh: nasi briyani) yang dihidang dalam flight tu pon kalau tak makan pon tak boleh bawak masuk. Apa yang Ain tahu, diorang guna pengesan anjing untuk hidu apa yang ada dalam bag/luggage kita. Mak ain ada baca blog someone nie, ada satu kes dia bawak turun nasi yang dihidangkan dalam flight tu ke Australia bila sampai sebab tak makan pon and then ada anjing pegi menyalak dekat dia. Polis dia akan check la apa yang dalam bag kita tu. Then kalau anjing tu menyalak buat kali kedua, then that kind of thing is prohibited. 

Ain rasa takut pon ada sebab dalam bag Ain ada kek batik. Haha. Nak buang kang sayang pulak, dah la kek batik alyn farina yang sedap tuuuu. Nanti kalau buang kempunan nak makan kannn. Kat Sydney mana ada kek batik :( Tapi nasib baik decide tak nak buang and get ready kalau polis Aussie tanya apa-apa. Kalau dia cakap memang tak boleh bawak masuk, nak buat macam mana redhaaa jelah. Dekat imegresen tu, polis/pegawai dia tanya sorang-sorang ada tak bawak makanan apa-apa and bila tiba giliran Ain, Ain jawab jelah and luckily boleh bawak masuk kek batik tu. Yeayyy! Maybe kek batik tu takde ape sangat pon and tak macam nasi yang semerbak bau aroma nasi tu kan. Yurp, Ain ada nampak jugak la anjing tu tapi dari jauh and takde pulak nampak anjing tu pegi menyalak dekat sape-sape. Maybe passenger semua dah take note awal-awal kan :) Even kalau nak bawak masuk rokok pun, ada limit. Ayah Ain ada la beli satu katung rokok dekat duty free. Kalau nak masuk Australia, dia hadkan kepada 50 batang rokok seorang. So dalam dua kotak seorang jela yang boleh bawak. So ayah Ain letak la dua kotak rokok dalam bag dia, dua kotak rokok dalam bag mak Ain and dua kotak lagi dalam bag Ain. Macam Ain la pulak yang hisap rokok kann. Haha. And selebihnya tinggal dalam flight. Memang bazir duit la tapi nak buat macam mana kann, nanti kalau sampai dekat imegresen kena buang jugak macam-macam mana pon.


Dah nak sampaii. Muka baru bangun tido. Haha. Orang belakang tu still lelap lagi.


Oh ya. Memandangkan dalam pukul 10-11 baru sampai dekat Sydney, so of course la waktu Subuh tu dalam penerbangan kan. Pernah tak solat dalam flight? Tak perlu ambil air sembahyang, tak perlu hadap kiblat. Just duduk dekat seat tu, and solat la macam biasa (tapi dalam keadaan duduk). Kalau ruku' tu tundukkan sikit badan kita. And kalau sujud, tundukkan lagi and seterusnya macam tuh la.


Nie ada sedikit panduan:




Begitu ceritanya sedikit sebanyak before sampai ke Sydney. Nanti kita sambung cerita lagi!

Sharing is caring.
Bye. I'm looking forward to seeing you soon!

regards,
ainfalihin.

1 comment:

Zarif Tzamiri said...

Sonoknya dia leh melancong ke oversea ngan parent :D